RSS Feed

Bila saja aku.....

Bila saja aku mula kacau,
aku akan segera mengingatkan diriku,
bahawa bumi itu tidak selalu cerah...

Bila saja aku mula kacau,
aku akan segera mengingatkan diriku,
yang mungkin hari ini kita senang,
tapi kemudian harinya kita susah...

Bila saja aku mula kacau,
aku akan segera mengingatkan diriku,
bahawa aku bukan yang terbaik,
jangan pernah meninggi diri...

Bila saja aku mula kacau,
aku akan segera mengingatkan diriku,
bahawa aku bukan dari keluarga yang berada,
jangan pernah membezakan c penjual beras, c penjaja baju dengan diri ini...

Bila saja aku mula kacau,
aku akan segera mengingatkan diriku,
bahawa aku ini asalnya cuma anak ingusan,
jangan pernah sesekali aku lupa diri...

0 comments: